Selamat Tahun baru 2015 telah membuka tirainya dan 2014 dah melabuhkan tirainya. Pejam celik umur kita semua sudah meningkat. Walauapapun perjalanan hidup harus kita lalui. Hari ini 3 Januari 2014 juga adalah Hari Maulidur Rasul sempena mengigati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Salam Maulidur Rasul untuk semua muslimin dan muslimat. Mari sama-sama banyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w
“Sebaik-baik manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”
“Sebaik-baik manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Gambar 1 : Salam Maulidur Rasul 1436 |
Dalam kegembiraan kita melangkah masuk ke tahun baru 2015 ini, kenapa gembira? Biasalah ada yang dapat bonus tahunan, dividen ASB dan pendapatan yang biasanya akan dapat pulangan pada awal tahun. Kepada yang tak tahu apa itu ASB. ASB adalah skim saham yang dipangil Amanah Saham Bumiputera. Saham ini khas untuk Bumiputera sahaja. Objektif ASB ini adalah Untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten
kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal
pada tahap toleransi risiko yang minimum.
Gambar 2 : Buku ASB |
Untuk kali ini. Agihan dividen 2014 adalah 7.50% dan bonus 1.00%. Tahun semua pemegang sahan ASB ni.
Dalam kegembiraan ini, kita juga bersedih dan berdukacita bencana banjir dan nahas kapal terbang di Indonesia. Takziah diucapkan kepada mereka. Semoga mereka tabah menghadapi ujian dan dugaan pada tahun baru ini. Teruskan sokongan anda untuk mereka yang sedang menghadapi ujian ini. Bak kata pepatah, "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".
Gambar 3 : Gambar Banjir Highway LPT di Exit Temerloh |
Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah melalui maklumat pada gambar di bawah kepada Tabung Skuad Bencana Jerantut :
Gambar 4 : Tabung Skuad Bencana Jerantut |
Walauapapun setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya. Semoga tahun 2015 ini lebih baik dari tahun 2014. Sekian.
No comments:
Post a Comment