Tuesday, January 6, 2015

Rumah Tinggal Tapak

Rumah tinggal tapak, tiada apa yang mampu diselamatkan. Bertapa pilunya perasaan mangsa-mangsa banjir banjir 2014 selepas surutnya air banjir dan kembali ke kampung halaman. Keadaan rumah yang hilang kemana, rumah bertindih rumah orang lain, hanya tinggal anak tangga kalau rumah masih ada pun dipenuhi lumpur dan bangkai haiwan yang tidak berjaya menyelamatkan diri. Total lost. Keadaan air banjir yang naik deras dan mendadak membuatkan mereka tidak dapat menyelamatkan apa-apa. Hanya sehelai sepingang ke pusat gerakan banjir, bukit-bukit, sekolah dan tempat-tempat yang dapat menyelamatkan diri mereka. 

Gambar 1 : Keadaan Rumah Selepas Banjir Di Manek Urai

Bekalan tenaga elektrik dan air bersih sudah semestinya terputus. Kerja-kerja permulihan amatlah sukar. Bayangkan juga, di hadapan rumah mereka tiba-tiba ‘berkumpul’ balak yang hanyut dibawa arus banjir. Kalau kepingan papan atau zink yang `singgah’ di halaman, boleh juga digunakan untuk membuat atau membaiki rumah. Ini ba­lak. Tidak mudah mengalihkannya. Jelaslah, derita pasca banjir lebih mencabar mangsa. Syukurlah kepada rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman agama dan politik yang prihatin menghulurkan bantuan makanan dan pakaian. Apa yang perlu dipastikan bantuan itu sampai kepada sasaran. 


Gambar 2 : Perkhidmatan Kereta Api KTMB Terpaksa Ditangguhkan

Terima kasih kepada semua pihak giat membantu dalam pemulihan kawasan-kawasan banjir di sekitar Malaysia. Terima kasih juga kepada yang banyak memberi sumbangan dan bantuan kepada mereka. Semoga teruskan sokongan dan sumbangan anda bagi mereka mangsa-mangsa bangkit meneruskan hidup.

Gambar 3 : NGO Skuad Bencana Jerantut Giat Membersihkan Sekolah

Diharap keprihatinan rakyat Malaysia bersama-sama dalam permulihan ini. Tanpa mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik. Menjelang persekolahan ming­gu depan, diharapkan anak-anak mangsa banjir juga akan dibekalkan dengan pakaian seragam dan peralatan sekolah yang lengkap. Walaupun mereka boleh berpakaian biasa tetapi sudah tentu ada yang sedia tampil ke hadapan untuk menyediakan pakaian lengkap ke sekolah. Lupakan seketika soal yuran dan bayaran lain yang bakal dikenakan sebaik sahaja anak-anak itu ke sekolah. Selain itu, kelas atau bilik darjah perlu dibersihkan menjelang seminggu persekolahan bermula. Pulihkan sekolah yang ditenggelami banjir. Sama ada pihak kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan sukarela perlu digerakkan untuk membantu membersihkan sekolah-sekolah berkenaan. Jangan biarkan anak-anak yang masih trauma banjir melakukan kerja-kerja pembersihan sebaik sahaja mereka ke sekolah. Biarkan anak-anak itu memasuki persekolahan seperti biasa.

Gambar 4 : Aset Kerajaan Digunakan Untuk Misi Banjir Di Kuala Lipis

Paling terkesan tentunya pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Sejak banjir melanda, hu­bungan kereta api ke Pantai Timur hanya berakhir di Gemas. Gerabak, landasan dan jambatan kereta api rosak. Bangunan stesen juga dihanyutkan air. Di Manek Urai, hanya papan tanda dan peti besi yang kekal di situ. Setakat ini, anggaran kerugian yang dialami KTMB ialah RM100 juta. Tidak dapat dibayangkan bagaimana sesaknya jalan raya dan lebuh raya menje­lang Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha selepas ini apabila perkhidmat­an kereta api ke Pantai Timur dijangka pulih dalam tempoh setahun. Setiap kali perayaan, kebanyakan tiket kereta api dan bas ke Pantai Timur paling laris dan habis lebih awal. Eloklah dalam pembinaan semula ini, KTMB mengambil langkah untuk menge­lakkan infrastuktur musnah seperti dialami sekarang.

Gambar 4 : Rumah Musnah Teruk Akibat Banjir

Mungkin banjir besar kali ini dapat membantu mereka ‘bangun’ semula selepas kemusnahan. Banjir ini dapat membawa masyarakat luar melihat lebih dekat apa sebenarnya yang berlaku di Kelantan terutama di peda­laman. Kelantan perlu dibangunkan semula. Lihatlah Aceh yang musnah semasa tsunami tetapi mampu bangun seperti hari ini. Apa yang pen­ting keazaman semua pihak untuk berbuat demikian. Sekian

No comments:

Post a Comment