Thursday, February 19, 2015

Beli Jam RM16 Jual Semula RM94 Ribu

Kejandian berlaku di Arizona, America Syarikat. "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu". Itulah pepatah melayu apabila seorang lelaki yang membeli jam tangan berharga cuma RM16 dan kemudian menjualnya semula dengan harga RM94,000.

Zach Norris pada mulanya ingin membeli beg golf di sebuah kedai barangan terpakai, tetapi kemudian mendapati seutas jam tangan vintaj Jaeger-LeCoultre 1959 dijual pada harga RM16.

Zach berkata, dia kemudiannya menjual jam tersebut dengan harga RM94,000 di sebuah laman web pengumpul jam tangan Hodinkee.com.

"Hanya 900 utas jam tangan ini di buat," katanya dipetik Metro.co.uk.

Tambah Zach, duit hasil jualan tersebut akan digunakan untuk menampung perbelanjaan perkahwinannya.

Gambar 1 : Tag Harga Asal 5.99 USD

Saturday, February 7, 2015

Dividen KWSP 6.75% Untuk Tahun 2014

Pendapatan Pelaburan Kasar Catat RM39.08 Bilion

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan kelulusan Menteri Kewangan, hari ini mengisytiharkan kadar dividen 6.75 peratus dan pendapatan pelaburan kasar RM39.08 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, meningkat 11.66 peratus berbanding RM35.00 bilion pada 2013.

Bayaran dividen bagi 6.75 peratus berjumlah RM36.66 bilion di mana RM5.41 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2014. Ini merupakan peningkatan sebanyak 10.53 peratus berbanding RM4.91 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2013, selaras dengan simpanan pencarum yang meningkat.

Maklumat lanjut : http://goo.gl/d0xFJ3

P/S : Alhamdulillah

Gambar 1 : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja