Saturday, February 7, 2015

Dividen KWSP 6.75% Untuk Tahun 2014

Pendapatan Pelaburan Kasar Catat RM39.08 Bilion

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan kelulusan Menteri Kewangan, hari ini mengisytiharkan kadar dividen 6.75 peratus dan pendapatan pelaburan kasar RM39.08 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, meningkat 11.66 peratus berbanding RM35.00 bilion pada 2013.

Bayaran dividen bagi 6.75 peratus berjumlah RM36.66 bilion di mana RM5.41 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2014. Ini merupakan peningkatan sebanyak 10.53 peratus berbanding RM4.91 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2013, selaras dengan simpanan pencarum yang meningkat.

Maklumat lanjut : http://goo.gl/d0xFJ3

P/S : Alhamdulillah

Gambar 1 : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

No comments:

Post a Comment