Thursday, February 19, 2015

Beli Jam RM16 Jual Semula RM94 Ribu

Kejandian berlaku di Arizona, America Syarikat. "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu". Itulah pepatah melayu apabila seorang lelaki yang membeli jam tangan berharga cuma RM16 dan kemudian menjualnya semula dengan harga RM94,000.

Zach Norris pada mulanya ingin membeli beg golf di sebuah kedai barangan terpakai, tetapi kemudian mendapati seutas jam tangan vintaj Jaeger-LeCoultre 1959 dijual pada harga RM16.

Zach berkata, dia kemudiannya menjual jam tersebut dengan harga RM94,000 di sebuah laman web pengumpul jam tangan Hodinkee.com.

"Hanya 900 utas jam tangan ini di buat," katanya dipetik Metro.co.uk.

Tambah Zach, duit hasil jualan tersebut akan digunakan untuk menampung perbelanjaan perkahwinannya.

Gambar 1 : Tag Harga Asal 5.99 USD

Saturday, February 7, 2015

Dividen KWSP 6.75% Untuk Tahun 2014

Pendapatan Pelaburan Kasar Catat RM39.08 Bilion

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan kelulusan Menteri Kewangan, hari ini mengisytiharkan kadar dividen 6.75 peratus dan pendapatan pelaburan kasar RM39.08 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, meningkat 11.66 peratus berbanding RM35.00 bilion pada 2013.

Bayaran dividen bagi 6.75 peratus berjumlah RM36.66 bilion di mana RM5.41 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2014. Ini merupakan peningkatan sebanyak 10.53 peratus berbanding RM4.91 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2013, selaras dengan simpanan pencarum yang meningkat.

Maklumat lanjut : http://goo.gl/d0xFJ3

P/S : Alhamdulillah

Gambar 1 : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Saturday, January 24, 2015

Khasiat Teh Hijau

Gambar 1 : Hidangan Teh Hijau
Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan camellia sinensis. Ia berasal dari NegaraChina dan dibawa hingga ke Jepun dan meluas hingga ke seluruh dunia. Teh ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan pergunungan beriklim sejuk. Tanaman ini berakar tunjang dengan banyak cabang setinggi 4 hingga 8 meter. Daun teh berbentuk bujur panjang dengan gerigi halus pada pinggirnya. Daun teh berwarna hijau manakala bunga teh berwarna putih dengan serbuk sari berwarna kuning.

Gambar 2 : Gambaran Ladang Teh Hijau
Apakah alasan yang menyebabkan teh hijau harus disertakan dalam diet seharian?

Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Antara manfaat minum teh hijau ialah:

Lembutkan kulit - Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.

Lindungi kulit - Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit. Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

Pelindung memori - Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.

Pencegah kanser - Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.

Memanjangkan hayat - Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.

Menurunkan berat badan - Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

Mencegah penyakit gigi - Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.

Mencegah keracunan makanan - Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.

Menurunkan tekanan darah - Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Pak Cah selalu minum teh hijau kat Sushi King je. Sebab Free, lagi satu boleh refill banyak kali. Berbanding kalau pak cah buat sendiri kat rumah, rasanya xsama. Biasalah kalau orang lain yang buatkan mesti sedapkan.

Gambar 3 : Menikmati Teh Hijau Di Sushi King
Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman berkarbonat.

Saturday, January 17, 2015

Sumbangan Pendidikan Fisabilillah Lembaga Zakat Selangor

Assalamualaikum...

Ramai yang tanya macam mana pelajar nak mohon zakat? Bila orang zakat nak bagi sumbangan zakat? Boleh ke pelajar mohon zakat. Sebenarnya pelajar boleh memohon zakat sebagai Fisabilillah. Masa mula sambung study dulu Pak Cah ada juga mohon zakat untuk pelajar ni. Alhamdulillah permohonan masa tu berjaya. 

Hari ni Pak Cah nak share info dari lembaga zakat selangor ada buat iklan untuk Sumbangan Pendidikan Fisabilillah. Boleh tengok flyers bawah ni.

Gambar 1 : Iklan Sumbangan Lembaga Zakat Selangor 

Sumbangan pendidikan, boleh memohon. Tertakluk kepada terma, syarat dan kelayakan.

Tarikh tutup hantar borang permohonan adalah 31 MAC 2015

Untuk mendapatkan borang :
www.e-zakat.com.my/borang


Mohonlah, kalau untuk negeri lain boleh google laman web Lembaga Zakat negeri masing-masing.

Mesin Deposit Syiling (Coin Deposit Machine)

Gambar 1 : Cara Mengunakan Mesin Deposit Syiling CIMB

Tahukah anda, kini anda boleh depositkan duit syiling di mesin deposit seperti "Cash Deposit" yang biasanya kita jumpa di ATM Machine di bank-bank. Kini anda boleh depositkan syiling-syiling anda terus ke Mesin Deposit Syiling (Coin Deposit Machine). Anda tidak perlu lagi untuk ke kaunter bank atau pergi ke kedai-kedai untuk tukar duit tabung anda.

P/S : Pak Cah belum pernah try test lagi mesin ni, sebab tabung syiling xpenuh lagi.

Berikut Lokasi-lokasi terdapatnya Mesin Deposit Syiling (Coin Deposit Machine) :

PUTRAJAYA

Presint 1, Putrajaya
Alamanda Putrajaya Shopping Centre (AmBank)
Blok E 16, Parcel E Presint 1 (Tabung Haji)

Presint 8, Putrajaya
Jalan P8C/2, Presint 8 (Bank Rakyat)
Jalan P8C / 1, Presint 8 (CIMB)

KUALA LUMPUR

Ampang, Kuala Lumpur

Jalan Pandan Prima, Dataran Pandan Prima (Tesco Hypermarket)

Bangsar, Kuala Lumpur
Bangsar Shopping Centre Office Tower, Jalan Maarof (RHB)

Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Menara Genesis, Jalan Sultan Ismail (HSBC)

Cheras, Kuala Lumpur
Jalan Cerdas Taman Connaught (AmBank)
Jalan Damai Niaga 1, Alam Damai (OCBC)
Jalan Mutiara Timur Satu, Taman Mutiara (CIMB)

Taman Maluri, Kuala Lumpur
Jalan Perkasa 1, Cheras (CIMB)
Jusco Taman Maluri Shopping Centre, Jalan Jejaka (AEON-Jusco)

Danau Kota, Kuala Lumpur
Starpac Point, Jalan Genting Klang (BSN)

Desa Pandan, Kuala Lumpur
No. 33 & 35, Jalan 1/76 (Bank Rakyat)

Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Menara Citibank (Citibank)
Jalan Memanda 7, Taman Dato Ahmad Razali (RHB)
Wisma Selangor Dredging (Al-Rajhi)
Wisma BSN Jln Ampang (BSN)

Jalan Imbi, Kuala Lumpur
Berjaya Times Square 1 (AmBank)

Jalan Pinang, Kuala Lumpur
Tower 1, MNI Twins 11 (Kuwait Finance)

Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur
Bangunan Ambank Group (AmBank)
Menara Affin (Affinbank)

Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Podium Block, Medan MARA (Bank Islam)
Menara Bumiputra Commerce (CIMB)

Jalan Sentul, Kuala Lumpur
Sentul Raya Off Jalan Sentul (Public Bank)

Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
Cawangan Utama (Maybank)

Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur
Plaza First Nationwide (Public Bank)

Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur
Menara Maybank (Maybank)
RHB Centre (RHB)

Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Ibu Pejabat TH, Jalan Tun Razak (Tabung Haji)

Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur
Wisma Koponas (CIMB)

Kepong, Kuala Lumpur
Jalan Ambong Kiri 2, Kepong Baru (AmBank)
Jalan Desa Jaya, Pekan kepong (CIMB)

Leboh Ampang, Kuala Lumpur
Bangunan HSBC 2 (HSBC)

Mid Valley, Kuala Lumpur
The Boulevard Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra (RHB)

Mont' Kiara, Kuala Lumpur
Jalan Solaris 1, Solaris Mont Kiara (Public Bank)

Sentul Raya, Kuala Lumpur
The Boulevard Shop Office, Jalan 11/48A (CIMB)

Setapak, Kuala Lumpur
Jalan Genting Kelang (Affinbank)

Taman Melawati, Kuala Lumpur
Taman Melawati, Jalan Bandar 12 (Muamalat)

Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Jalan Wangsa Delima 11, D'Wangsa KLSC Wangsa Maju (Maybank)

Ampang, Kuala Lumpur
Jalan Bunga Tanjung 6A, Taman Muda (Public Bank)
Jalan Wawasan 2/2, Bandar Baru Ampang (Affinbank)
Taman Ampang Utama, Jalan Ampang (UOBM)

SELANGOR

Balakong, Selangor
Wisma Pauson, Jalan Taming Kanan 1, Taman Taming Jaya (CIMB)

Bandar Cheras Selatan, Selangor
Jusco Taman Equine Store (AEON-Jusco)

Bangi, Selangor
Jalan 6C/7 (Bank Islam)
Jalan 6C/16 Seksyen 16 (Maybank)
Jalan 8/1, Seksyen 8 (Affinbank)
Kompleks Diamond, Bangi Business Park, Bandar Baru Bangi (Tabung Haji)

Banting, Selangor
Jalan Besar (CIMB)
Jalan Sultan Abdul Samad (Bank Rakyat)

Batu Caves, Selangor
Jalan Prima SG 5, Prima Sri Gombak (Maybank)
Bandar Baru Selayang (Maybank)

Cheras, Selangor
Jalan Kijang 1, Taman Suntex, Batu 9 (RHB)

Damansara, Selangor
Leboh Bandar Utama, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama (AEON-Jusco)

Damansara Perdana, Selangor
Mutiara Damansara (Maybank)
Perdana The Place, Damansara Perdana (Hong Leong)

Ijok, Selangor
Pusat Perdagangan Alam Jaya Bandar, Puncak Alam (UOBM)

Kajang, Selangor
Jalan Reko Sentral 4, Off Jalan Reko (Agrobank)
Wisma Metro Kajang, Jalan Semenyih (Al-Rajhi)
Kajang Prima, Off Jalan Semenyih (Maybank)

Kelana Jaya, Selangor
Jalan SS6/14, Kelana Jaya (CIMB)

Kinrara, Selangor
Taman Kinrara, Section 1, Batu 7/12,Jalan Puchong (Affinbank)

Klang, Selangor
Jalan Batu Tiga Lama, Kampong Bukit Kuda (Citibank)
Wisma Sh Ng, Persiaran Sultan Ibrahim (AmBank)
Wisma Palmbase,Persiaran Raja Muda Musa (AmBank)
Jalan Kepayang (Standard Chartered)
Jalan Stesen (RHB)
Wisma Esther Robert, Lorong Batu Nilam 4B, Bandar Bukit Tinggi (CIMB)
Lorong Kasawari 4B (Alliance Bank)
Bangunan TH, Jalan Kapar (Tabung Haji)

Pandan Indah, Selangor
Jalan Pandan Indah 4/34 (CIMB)

Petaling Jaya, Selangor
Jalan SS21/60, Damansara Utama (Public Bank)
Jalan PJS 11/28A, Bandar Sunway (Public Bank)
Dataran Sunway, Kota Damansara (Al-Rajhi)
Wisma IJM, Jalan Yong Shook Lin (Maybank)
Jalan PJS11/28A, Bandar Sunway (Maybank)
Wisma BU8, No 11, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama (CIMB)
Jalan Sultan (HSBC)
Jalan SS 2/55 (Alliance Bank)
Bangunan UOB, Jalan Othman (UOBM)
Jalan PJU 7/4, Mutiara Damansara (Tesco Hypermarket)
Jalan 52/2, Section 52 (CIMB)

Puchong, Selangor
Jalan Puteri 2/3, Bandar Puteri (Public Bank)
Jalan Puteri 1/1, Bandar Puteri (AmBank)
Jalan Tk1/11a, Taman Kinrara, Seksyen 1, Batu 7 1/2 (AmBank)
Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri Puchong (Standard Chartered)
IOI Boulevard Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya (RHB)
Jalan Kenari 1, Bandar Puchong Jaya (CIMB)

Rawang, Selangor
Jalan Pusat Bch 1a, Bandar Country Homes (AmBank)
Jalan Rawang 1, Bandar Baru Rawang (Muamalat)
Jalan Maxwell (RHB)
Jalan Bandar Rawang 2, Bandar Baru Rawang (Maybank)
Jalan Bandar Rawang 2, Pusat Bandar Rawang (CIMB)

Seri Kembangan, Selangor
Jalan Perusahaan 2 (Public Bank)
Jalan Perusahaan 2, Off Jalan Kolej, Taman Jinma (AmBank)
Persiaran Akademi Perdana, Taman Equine, Bandar Putra Permai (Maybank)
Jalan Sungai Besi Indah 1/21, Taman Sungai Besi Indah (Alliance Bank)

Shah Alam, Selangor
Jalan Sepadu B25/B, Taman Perindustrian Axis, Section 25 (Public Bank)
Wisma PKNS (BSN)
Laman Seri Business Park, No. 7, Jalan Sukan, Seksyen 13 (Muamalat)
Jalan Niaga 16/3A, Seksyen 16 (RHB)
Medan Setia Alam, Persiaran Setia Impian, Precinct 8 Setia Alam Seksyen U13 (RHB)
Persiaran Perbandaran Section 14 P.O Box 7109 (Maybank)
Jalan Pinang B18 /B, Seksyen18 (CIMB)
Jalan Pelabur B/23B Seksyen 23 (Bank Rakyat)
Jalan Tengku Ampuan Zabedah D9/D, Seksyen 9 (Hong Leong)
Wisma Sunway Mas, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9 (UOBM)
Jalan Plumbum S7/S Pusat Komersial Seksyen 7 (Kuwait Finance)
Jalan Aerobik 13/43 (Tesco Hypermarket)

Subang Jaya, Selangor
Jalan SS17/1A (Al-Rajhi)
Jalan USJ10 /1G (Maybank)
Jalan SS19/6 (Hong Leong)
Persiaran Subang Permai, USJ 1 (Mydin)

Sungai Besar, Selangor
Jalan Menteri (Bank Rakyat)

JOHOR

Johor Bahru, Johor
Bangunan City Plaza, Jalan Tebrau (Citibank)
Jalan Persisiran Perling,Taman Perling (Public Bank)
Jln Harimau Tarum, Taman Century (Standard Chartered)
Johor Bharu City Centre, Jalan Wong Ah Fook (Maybank)
Jalan Molek 2/2, Taman Molek (Kuwait Finance)

Kluang, Johor
Jalan Dato' Haji Hassan (OCBC)

Kota Tinggi, Johor
Jalan Niaga 2,Pusat Perdagangan Kota Tinggi (Agrobank)
Jalan Ahmad Ujan Taman Kota Besar (Hong Leong)

Masai, Johor
Jalan Permas Jaya 10/2, Bandar Baru Permas Jaya (Alliance Bank)

Muar, Johor
Jalan Maharani (OCBC)
Pusat Dagangan Bakri, Jalan Bakri (Hong Leong)

Parit Jawa, Johor
Jalan Dahlia 1/1, Taman Dahlia, Jalan Abdul Jabbar (BSN)

Pasir Gudang, Johor
Jln Mawar 1, Taman Mawar (Hong Leong)

Pontian, Johor
Jalan Delima 2, Pusat Perdagangan Pontian (Bank Rakyat)
Jln Delima Pusat Perdagangan Pontian (Hong Leong)

Segamat, Johor
Jalan Genuang (Hong Leong)
Skudai Jalan Nakhoda 1, Taman Ungku Tun Aminah (AmBank)
Jalan Perwira 17, Taman Ungku Tun Aminah (Maybank)

Tangkak, Johor
Jalan Muar,Tangkak (RHB)

Yong Peng, Johor
Jalan Besar Taman Sembrong Baru (Bank Rakyat)

MELAKA

Jasin, Melaka
Bandar Baru Jasin (BSN)

Bandar Melaka, Melaka
Plaza Melaka, Jalan Hang Tuah (RHB)
Graha Peladang, Jalan Hang Tuah P.O. Box 173 (Maybank)
Jalan Munshi Abdullah (Maybank)
Jalan Ong Kim Wee (Hong Leong)
Bangunan TH, Jalan Banda Kaba (Tabung Haji)
Mydin Mall MITC, Hang Tuah Jaya Ayer Keroh (Mydin)

NEGERI SEMBILAN

Kuala Kelawang, Negeri Sembilan
Jalan Pertang (Agrobank)

Nilai, Negeri Sembilan
Jalan BBN 1/2F, Bandar Baru Nilai (Bank Rakyat)

Seremban, Negeri Sembilan
Jalan Rasah (Public Bank)
Jalan Dato' Lee Fong Yee (Public Bank)
Jalan Dato Bandar Tunggal (BSN)
Jalan RJ 6/8, Taman Rasah Jaya (AmBank)
Wisma Great Eastern, Jalan Yam Tuan (Muamalat)
Jalan Dato Sheikh Ahmad (Bank Islam)
Jalan Dato' Bandar Tunggal (Maybank)
Jalan Dato' Bandar Tunggal (Hong Leong)
Wisma Dewan Perniagaan Melayu, Jalan Dato Bandar Tunggal (CIMB)

PAHANG

Bentong, Pahang
Jalan Loke Yew (UOBM)

Kuantan, Pahang
Jalan Bank (BSN)
Jalan Tun Ismail (Agrobank)
Lorong Pandan Permai 2/2, Pandan Permai, Jalan Gambang (Maybank)
Bangunan BCB 32 Jalan Bank (CIMB)

Raub, Pahang
Jalan Dato Abdullah (Bank Rakyat)

PULAU PINANG

Butterworth, Pualau Pinang
Prangin Mall, Jalan Dr Lim Chwee Leong (CIMB)

Georgetown, Pulau Pinang
Jalan Sultan Ahmad Shah (Citibank)
Jln Macalister (BSN)
Jalan Jelutong (Maybank)
Jalan Perusahaan Auto-City (Hong Leong)

Prai, Pualau Pinang
Jalan Chain Ferry, Taman Inderawasih (Maybank)

PERAK

Ipoh, Perak
Persiaran Bercham Selatan 2 (Public Bank)
Jalan Silibin, Jelapang (Public Bank)
Jalan Sultan Idris Shah (Public Bank)
Pusat Perdagangan Greentown, Persiaran Greentown 5 (Agrobank)
Kompleks Islam Darul Ridzuan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (Bank Islam)
Jalan Silibin (Maybank)
Susuran Stesen 18 (Maybank)
Persiaran Greenhill (HSBC)
Jalan Canning Estate (CIMB)

Taiping, Perak
Jalan Berek (OCBC)

Tanjung Piandang, Perak
Jalan Piandang 1, Taman Piandang Indah (BSN)

Teluk Intan, Perak
Jalan Intan 5, Bandar Baru (Bank Rakyat)

PERLIS

Kangar, Perlis
Jalan Indera Kayangan (Agrobank)


KEDAH

Alor Setar, Kedah
Jalan Sultan Badlishah (BSN)
Jalan Tunku Ibrahim (RHB)
Jalan Sultan Badlishah, P.O Box 82 (Maybank)
Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim (CIMB)
Jalan Sultan Badlishah (Hong Leong)

Baling, Kedah
Bangunan UMNO, Pekan Baru (Bank Rakyat)

Gurun, Kedah
Jalan Sg. Petani (Bank Rakyat)

Langkawi, Kedah
Jalan Pandak Mayah 1, Pusat Bandar Kuah (Maybank)

Sik, Kedah
Jalan Tunku Ibrahim (Public Bank)

Sungai Petani, Kedah
Jalan Legenda 1, Legenda Heights (Maybank)
Jalan Perdana Heights 2/2, Perdana Heights (Affinbank)
Jalan Legenda 10, Legenda Heights (Hong Leong)

KELANTAN

Kota Bahru, Kelantan
Jalan Kebun Sultan (Public Bank)
Jalan Pintu Pong (BSN)
Bangunan Yakin, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian (Agrobank)
Jalan Raja Perempuan Zainab, Bandar Baru Kubang Kerian II (Bank Islam)
Jalan Mahmood P.O. Box 108 15710 (Maybank)
Wisma Square Point, Jalan Pengkalan Chepa (CIMB)
Jalan Padang Garong, Section 12 (Hong Leong)

Tanah Merah, Kelantan
UMNO Building (Jalan Dato' Nik Mustapha) (Maybank)
Bandar Tanah Merah (Bank Rakyat)

TERENGGANU

Kemaman, Terengganu
Jalan Kubang Kurus (Bank Rakyat)

Kuala Terengganu, Terengganu
Jalan Padang Hiliran (Bank Islam)
Taman Tanjung Permata,Kampung Gong Badak, Jalan Batu Rakit,Gong Badak (Bank Rakyat)
Jalan Sultan Ismail (CIMB)
Jalan Sultan Mohamad (Mydin)
Jalan Sultan Ismail (UOBM)
Jalan Sultan Ismail (Maybank)

Marang, Terengganu
Pekan Bukit Payong (BSN)

Paka, Terengganu
Jalan Besar, Pusat Niaga Paka (Maybank)

SABAH

Beaufort, Sabah
Lo Chung Park (Public Bank)

Inanam, Sabah
Phase 1, KK Taipan (Hong Leong)

Kota Belud, Sabah
Kompleks Centenary Jalan Sabar (Public Bank)

Kota Kinabalu, Sabah
KK Taipan Inanam, New Township, Jalan Tuaran (Public Bank)
Menara MAA Lorong Api-Api 1, Api-Api Centre (Public Bank)
Jalan Centre Point City Parade Centre Point Sabah (Public Bank)
Alamesra Plaza Utama Kuala Menggatal (BSN)
Lintas Station Complex, Jalan Lintas, Luyang (RHB)
Beach Street P.O. Box 10862 (Maybank)
Harbour City Jalan Pantai Baru, Sembulan (Bank Rakyat)
Hongkong Bank, Jalan Gaya (HSBC)
Block K, Sinsuran Complex (Alliance Bank)
Block 3, Lorong Api-Api 2, Api-Api Centre (Hong Leong)
Jalan Pantai, Locked Bag (Hong Leong)

Papar. Sabah
Jalan Besar, Pekan Papar (Public Bank)

Penampang, Sabah
Donggongon New Township, Jalan Tapikong (Public Bank)

Kota Sentosa, Sabah
Blok 233, Kuching North Land District, Cinmuk Commercial Centre (BSN)

SERAWAK

Kuching, Serawak
Stutong Parade, Jalan Setia Raja (Public Bank)
Jalan Kulas (RHB)
Wisma Satok, Jalan Satok P.O. Box 1963 (Maybank)
Bangunan Binamas, Jalan Padungan (HSBC)
Jalan Satok, K.T.L.D Jalan Satok (Kuwait Finance)

Sri Aman, Sarawak
Jalan Hospital (Bank Rakyat)

So atas ni lah list2 bank yang ada mesin. Selamat menyimpan!

Tuesday, January 6, 2015

Rumah Tinggal Tapak

Rumah tinggal tapak, tiada apa yang mampu diselamatkan. Bertapa pilunya perasaan mangsa-mangsa banjir banjir 2014 selepas surutnya air banjir dan kembali ke kampung halaman. Keadaan rumah yang hilang kemana, rumah bertindih rumah orang lain, hanya tinggal anak tangga kalau rumah masih ada pun dipenuhi lumpur dan bangkai haiwan yang tidak berjaya menyelamatkan diri. Total lost. Keadaan air banjir yang naik deras dan mendadak membuatkan mereka tidak dapat menyelamatkan apa-apa. Hanya sehelai sepingang ke pusat gerakan banjir, bukit-bukit, sekolah dan tempat-tempat yang dapat menyelamatkan diri mereka. 

Gambar 1 : Keadaan Rumah Selepas Banjir Di Manek Urai

Bekalan tenaga elektrik dan air bersih sudah semestinya terputus. Kerja-kerja permulihan amatlah sukar. Bayangkan juga, di hadapan rumah mereka tiba-tiba ‘berkumpul’ balak yang hanyut dibawa arus banjir. Kalau kepingan papan atau zink yang `singgah’ di halaman, boleh juga digunakan untuk membuat atau membaiki rumah. Ini ba­lak. Tidak mudah mengalihkannya. Jelaslah, derita pasca banjir lebih mencabar mangsa. Syukurlah kepada rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman agama dan politik yang prihatin menghulurkan bantuan makanan dan pakaian. Apa yang perlu dipastikan bantuan itu sampai kepada sasaran. 


Gambar 2 : Perkhidmatan Kereta Api KTMB Terpaksa Ditangguhkan

Terima kasih kepada semua pihak giat membantu dalam pemulihan kawasan-kawasan banjir di sekitar Malaysia. Terima kasih juga kepada yang banyak memberi sumbangan dan bantuan kepada mereka. Semoga teruskan sokongan dan sumbangan anda bagi mereka mangsa-mangsa bangkit meneruskan hidup.

Gambar 3 : NGO Skuad Bencana Jerantut Giat Membersihkan Sekolah

Diharap keprihatinan rakyat Malaysia bersama-sama dalam permulihan ini. Tanpa mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik. Menjelang persekolahan ming­gu depan, diharapkan anak-anak mangsa banjir juga akan dibekalkan dengan pakaian seragam dan peralatan sekolah yang lengkap. Walaupun mereka boleh berpakaian biasa tetapi sudah tentu ada yang sedia tampil ke hadapan untuk menyediakan pakaian lengkap ke sekolah. Lupakan seketika soal yuran dan bayaran lain yang bakal dikenakan sebaik sahaja anak-anak itu ke sekolah. Selain itu, kelas atau bilik darjah perlu dibersihkan menjelang seminggu persekolahan bermula. Pulihkan sekolah yang ditenggelami banjir. Sama ada pihak kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan sukarela perlu digerakkan untuk membantu membersihkan sekolah-sekolah berkenaan. Jangan biarkan anak-anak yang masih trauma banjir melakukan kerja-kerja pembersihan sebaik sahaja mereka ke sekolah. Biarkan anak-anak itu memasuki persekolahan seperti biasa.

Gambar 4 : Aset Kerajaan Digunakan Untuk Misi Banjir Di Kuala Lipis

Paling terkesan tentunya pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Sejak banjir melanda, hu­bungan kereta api ke Pantai Timur hanya berakhir di Gemas. Gerabak, landasan dan jambatan kereta api rosak. Bangunan stesen juga dihanyutkan air. Di Manek Urai, hanya papan tanda dan peti besi yang kekal di situ. Setakat ini, anggaran kerugian yang dialami KTMB ialah RM100 juta. Tidak dapat dibayangkan bagaimana sesaknya jalan raya dan lebuh raya menje­lang Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha selepas ini apabila perkhidmat­an kereta api ke Pantai Timur dijangka pulih dalam tempoh setahun. Setiap kali perayaan, kebanyakan tiket kereta api dan bas ke Pantai Timur paling laris dan habis lebih awal. Eloklah dalam pembinaan semula ini, KTMB mengambil langkah untuk menge­lakkan infrastuktur musnah seperti dialami sekarang.

Gambar 4 : Rumah Musnah Teruk Akibat Banjir

Mungkin banjir besar kali ini dapat membantu mereka ‘bangun’ semula selepas kemusnahan. Banjir ini dapat membawa masyarakat luar melihat lebih dekat apa sebenarnya yang berlaku di Kelantan terutama di peda­laman. Kelantan perlu dibangunkan semula. Lihatlah Aceh yang musnah semasa tsunami tetapi mampu bangun seperti hari ini. Apa yang pen­ting keazaman semua pihak untuk berbuat demikian. Sekian

Saturday, January 3, 2015

Selamat Tinggal 2014, Selamat Datang 2015

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Selamat Tahun baru  2015 telah membuka tirainya dan 2014 dah melabuhkan tirainya. Pejam celik umur kita semua sudah meningkat. Walauapapun perjalanan hidup harus kita lalui. Hari ini 3 Januari 2014 juga adalah Hari Maulidur Rasul sempena mengigati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Salam Maulidur Rasul untuk semua muslimin dan muslimat. Mari sama-sama banyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w 

“Sebaik-baik manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Gambar 1 : Salam Maulidur Rasul 1436
Dalam kegembiraan kita melangkah masuk ke tahun baru 2015 ini, kenapa gembira? Biasalah ada yang dapat bonus tahunan, dividen ASB dan pendapatan yang biasanya akan dapat pulangan pada awal tahun. Kepada yang tak tahu apa itu ASB. ASB adalah skim saham yang dipangil Amanah Saham Bumiputera. Saham ini khas untuk Bumiputera sahaja. Objektif ASB ini adalah Untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum. 

Gambar 2 : Buku ASB
Untuk kali ini. Agihan dividen 2014 adalah 7.50% dan bonus 1.00%. Tahun semua pemegang sahan ASB ni. 

Dalam kegembiraan ini, kita juga bersedih dan berdukacita bencana  banjir dan nahas kapal terbang di Indonesia. Takziah diucapkan kepada mereka. Semoga mereka tabah menghadapi ujian dan dugaan pada tahun baru ini. Teruskan sokongan anda untuk mereka yang sedang menghadapi ujian ini. Bak kata pepatah, "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". 

Gambar 3 : Gambar Banjir Highway LPT di Exit Temerloh
Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah melalui maklumat pada gambar di bawah kepada Tabung Skuad Bencana Jerantut :

https://www.facebook.com/SkuadBencanaJerantut
Gambar 4 : Tabung Skuad Bencana Jerantut 
Walauapapun setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya. Semoga tahun 2015 ini lebih baik dari tahun 2014. Sekian.